Cegah kanser serviks

Leave a Comment

Mac lalu, seorang model berusia 19 tahun di United Kingdom (UK) menemui ajal akibat barah serviks. Sebelum disahkan menghidap penyakit itu, beliau pernah ditolak daripada menjalani ujian pap smear kerana doktor mengatakan dirinya terlalu muda untuk mendapat barah serviks atau barah pangkal rahim.

Sophie Jones, dari Eastham, berhampiran Liverpool, pada mulanya dimaklumkan menghidapi Crohn's Disease apabila berjumpa doktor dan mengadu sakit pada bahagian perut Februari 2013. Hanya, pada November lalu, beliau disahkan menghidapi barah serviks selepas dimasukkan ke hospital berikutan tahap kesihatannya yang bertambah buruk.

Kejadian itu bukan saja amat menyedihkan buat keluarga Sophie, malah mereka kesal kerana mereka percaya, Sophie mungkin berpeluang sembuh atau hidup lebih lama andai beliau dibenarkan menjalani ujian pap smear dan barah yang dihidapi dapat dikesan lebih awal.



0 comments:

Post a Comment