Punca senak sampai ke testis

Leave a Comment

Punca senak sampai ke testis oleh Dr. Nizar Abd Jalil 

Salam Dr Nizar,

Saya ingin bertanyakan tentang rawatan yang doktor berikan kepada pesakit cakera tergelincir (slipped disc). Saya telah mengalami simptom sakit belakang sekitar awal tahun lalu tetapi tidaklah begitu teruk, cuma tak boleh terlalu aktif bersukan dan melakukan kerja berat yang akan mengundang kesakitan.

Biasanya kesakitan pulih dengan sendiri setelah saya berehat. Saya telah pergi berjumpa doktor orthopedik & spine surgeon di sebuah hospital swasta. Mengikut x-ray, doktor mengatakan saya cuma mengalami masalah tulang iaitu L6 bergesel dgn S1.

Sewaktu Hari Raya Haji tahun lepas, saya sekali lagi mengalami kesakitan yang amat sangat hinggakan tidak mampu bergerak. Kali ini sakit dirasai turun ke bawah ke dalam kedua-dua buah zakar. Rasanya seperti senak dan amat merimaskan. Kesakitan ini berlaku ekoran kerja mengangkat tong gas untuk memasak dari pintu ke dapur rumah.

Apa yang doktor berikan ialah beberapa jenis ubat tahan sakit sejenis koyok untuk ditampal, korset dan rawatan fisioterapi. Namun kesakitan tidak hilang meskipun berkurangan sedikit. Saya juga dikehendaki melakukan beberapa pertemuan lanjut dengan doktor terlibat.

Kemudian, kesakitan belakang saya mula merebak hingga ke bahagian kaki kiri, rasa seolaholah sengal pada paha dan betis . Sekali lagi saya berjumpa dengan doktor tersebut dan beliau mengesyorkan injection epidural steroid dilakukan pada saraf yang sakit jika tidak mahu menjalani pembedahan.

Saya telah melakukan imbasan MRI untuk mengesahkan punca sebenar masalah. Hasil ujian, saya diberitahu bahawa tulang belakang saya mengalami kegelinciran (disc bulge) antara L3-L4, L4-L5,L5-S1. Doktor menahan saya di wad untuk rawatan lanjut dan memberi pilihan sama ada pembedahan atau suntikan steroid dan fisioterapi. Saya memilih tidak menjalani pembedahan kerana bimbangkan risiko lain yang boleh memberi kesan negatif pada tulang belakang.

Apabila rakan saya menceritakan sahabatnya telah menjalani rawatan dengan Doktor Nizar dan sembuh, saya berminat untuk berikhtiar dengan kaedah tersebut. Sehubungan itu saya meminta jasa baik Dr agar dapat memberikan jumlah kos rawatan mengikut kaedah digunakan dan memaklumkan apakah kelebihan kaedah ini berbanding pembedahan atau fisioterapi.

Muhammad Omar,
Ampang, Selangor.


JAWAPAN:
Sakit belakang yang tiba-tiba berlaku ekoran melakukan kerja berat memang kerap berlaku tetapi kebanyakannya  tidak serius. Hanya 10 hingga 20 peratus daripada sakit belakang disebabkan oleh penyakit tulang belakang yang serius dan memerlukan
pembedahan. Maknanya, 80 peratus daripada sakit tulang belakang sebenarnya tidak memerlukan pembedahan dalam pelan rawatannya.

Sakit belakang pinggang boleh berpunca daripada beberapa sebab. Sebab paling kerap berlaku ialah sakit urat yang dikenali sebagai muscle sprain atau strain. Biasanya keadaan ini berlaku jika kita membuat kerja berat atau pergerakan lebih daripada biasa.

Sakit biasanya sederhana atau boleh juga menjadi teruk. Tapi yang pasti, semua sakit itu akan beransur pulih dalam masa satu minggu dan berkesan dengan makan ubat penahan sakit biasa seperti celebrex dan ponstan atau menjalani fisioterapi.

Sakit belakang yang Sakit belakang yang turun ke bahagian kemaluan (testis) merupakan satu gejala klasik slipped disc bahagian lumbar atas (L1L2) terutamanya jika sakit rasa mencucuk atau seperti renjatan elektrik. Tapi jika sakit itu sengal atau senak masuk ke dalam
buah zakar, itu satu gejala klasik sakit kecederaan / kekejangan otot (muscle strain) pada otot dalam tulang belakang.

Secara spesifiknya, otot yang terlibat ialah otot psoas yang terletak pada kiri kanan bahagian sisi tulang belakang. Apabila berlaku kecederaan pada otot ini, anda akan rasa sakit belakang yang turun ke kemaluan (rasa senak atau sengal). Ini disebabkan saraf yang mensarafi testis lalu dicelah-celah otot ini dan terkepit setelah berlaku ketegangan pada otot.

Jelas sekali sakit anda bukan disebabkan oleh slipped disc kerana laporan MRI menyatakan paras terlibat hanya L3-L5-S1. Tambahan pula, istilah Disc Bulge biasanya bermakna cakera tergelincir yang minima dan tidak menyebabkan gejala klasik slipped disc (sakit mencucuk atau seperti renjatan eletrik turun ke kaki ). Jika pembedahan tulang belakang dilakukan bermakna doktor telah melakukan pembedahan yang tidak perlu.

Psoas muscle strain adalah satu bentuk kecederaan pada otot di mana berlakunya proses keradangan, bengkak dan ketegangan pada otot tersebut. Penyakit ini hanya memerlukan rawatan konservatif seperti fisioterapi (stretching exercise), penahan sakit seperti celebrex atau arcoxia. Ubat pelembut otot seperti baclofen juga membantu. Biasanya sakit beransur lega dalam masa satu hingga dua minggu.

Suntikan epidural steroid juga tidak perlu tetapi jika kesakitan yang sama berlarutan lebih dari tiga bulan, kaedah suntikan radiofrequency dapat membantu untuk melembutkan otot psoas tersebut.

Sumber :  Sinarharian.

0 comments:

Post a Comment