Begitulah bahana yang dilalui pesakit sekatan pulmonari kronik (COPD) iaitu sejenis penyakit progresif akibat saluran udara menjadi sempit yang boleh mengancam nyawa.
Ramai mungkin tidak pernah mendengar atau mengetahui apa itu COPD berbanding asma atau bronkitis. COPD sering dikaitkan dengan tabiat merokok tegar, udara yang tercemar serta terdedah pada persekitaran kerja tertentu hingga berlakunya sekatan pada laluan udara paru-paru. Situasi ini menyebabkan pesakit tercungap-cungap akibat sesak nafas. Tidak hairanlah, lama kelamaan individu yang mengalami keadaan ini menjadi tidak aktif.
Mengikut perangkaan, COPD menjejaskan 210 juta orang di seluruh dunia malah dijangka menjadi penyebab ketiga tertinggi kematian pada 2020. Merokok adalah penyebab utama COPD, dengan perokok wanita sebanyak 13 kali manakala perokok lelaki 12 kali lebih cenderung mati akibat COPD berbanding mereka yang bukan perokok.
Namun, merokok bukan satu-satunya punca COPD. Faktor lain termasuk terdedah kepada asap atau pencemaran luaran mahupun dalaman, juga boleh meningkatkan peluang menghidap COPD.
Ada antara pesakit COPD dijangkiti penyakit itu akibat terlalu lama berada di persekitaran berdebu dan berasap. Persatuan Thoracic Amerika Syarikat melaporkan, terdedah kepada amalan kerja menyumbang 10 hingga 20 peratus kepada gejala atau kegagalan fungsi yang konsisten dengan COPD.
Presiden Persatuan Thoracic Malaysia, Prof Dr Roslina Abdul Manap, COPD lazimnya dihidapi lelaki tetapi kini turut menjejaskan wanita.
“Ini disebabkan peningkatan dalam penggunaan tembakau dan risiko tinggi terdedah kepada pencemaran dalaman seperti bahan api pejal yang digunakan untuk memasak dan memanaskan makanan.
“Ada sesetengah kes pesakit COPD hidup di kediaman yang dipenuhi asap dari dapur memasak atau asap dari alat pemanas yang digunakan untuk memanaskan rumah,” katanya kepada kolum Sihat.
Prof Roslina yang juga Ketua Unit Respiratori Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, gejala COPD paling lazim ialah mencungap atau sesak nafas; kahak luar biasa; batuk kronik; nafas berdehit (wheezing) dan dada ketat.
“Kadangkala, aktiviti rutin dan mudah seperti berjalan menaiki atau menuruni tangga lama kelamaan boleh menjadi sesuatu yang menyusahkan,” katanya.
Beliau berkata, COPD didiagnosa menggunakan ujian ringkas dikenali sebagai spirometri yang berfungsi mengukur kekuatan pernafasan (menarik dan menghembus) serta selaju mana ia dihembus keluar.
“Malangnya kebanyakan pesakit COPD terlepas proses diagnosa atau tidak diuji dengan sempurna hingga penyakit itu bertambah parah,” katanya.
Prof Roslina berkata, pakar perubatan hanya menjalankan ujian spirometri apabila pesakit menunjukkan tanda seperti batuk kronik, menghasilkan kahak, Dyspnea (sesak nafas), terdedah terlalu lama kepada asap tembakau, habuk da dan cubalah untuk berubah kerana COPD bukan saja boleh dikawal tetapi boleh diubati,” katanya.
Lau kini lebih selesa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dengan berjalan selama sejam setiap pagi, mengamalkan diet seimbang, mengelak minuman sejuk dan makanan yang terlalu pedas serta tidak mengangkat bebanan.
- Bharian
0 comments:
Post a Comment